Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

606 Wanita Menjahit Paling Ramai Cipta Rekod Guinness

By 23 Jun 2016Jun 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Zaharah Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 606 orang peserta wanita yang menyertai program Peserta Jahitan Paling Ramai Secara Serentak pada 9 April 2016 lalu berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness yang baharu dan menerima anugerah hari ini.

Anugerah tersebut membuktikan bahawa golongan wanita di Malaysia mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah dijangka sebelum ini dan mencatatkan nama dalam arena antarabangsa.

Program  anjuran bersama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) dan Jabatan Pembangunan Wanita menyaksikan penglibatan 93 orang wanita dari Kuala Lumpur dan Putrajaya.

WhatsApp-Image-20160623 (2)

 

Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Mohamad Sani Abdul Rahman berkata “Guinness World Records bukanlah semata-mata menjadi kebanggaan malah ia membawa nilai lebih besar yang menjadi bukti wujudnya sekumpulan di antara kita yang berani menyahut cabaran”.

“Dengan pelbagai dasar kerajaan yang mesra wanita, hari ini kaum wanita yang mewakili 49.1% daripada jumlah penduduk Malaysia telah menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kemakmuran negara”, ujarnya.

Program ‘Restyle’ Jahitan Kreatif akan turut diadakan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

WhatsApp-Image-20160623 (1)

 

Program anjuran PSJK dan Pusat Latihan Kraftangan Epal ini adalah bagi membantu golongan wanita untuk menjana pendapatan sampingan dengan hanya menggunakan idea kreatif tersendiri untuk ‘restyle’ pakaian dan pelbagai produk lagi.

Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menganjurkan sebanyak dua siri Kelas Jahitan iaitu Kreatif Restyle, Demo Restyle dan juga Kelas Jahitan Charging Pouch.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda