Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanViral

Perkasa Institusi Pendidikan Islam

By 23 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Khairunnisa Ismail

KOTA BHARU, 23 Jun (Malaysiaaktif) –Ā  Institusi pendidikan Islam wajar diperkasakan bagi meneruskan legasi dan mengembangkan kefahaman Islam secara holistik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan memberi komitmenĀ  dalam menyalurkan bantuan kepada institusi pengajian Islam bagi memastikan kesinambunganĀ  memartabatkan agama Islam selaras dengan Perkara 3, Perlembagaan persekutuan yang meletakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

kelantan1

ā€œKerajaan pusat memperuntukkanĀ  berbilion-bilion ringgit untuk membiayai lebih daripada 300 buah sekolah agama.

ā€œSelain itu, kerajaan membayar gaji lebih 52,200 kepada tenaga pengajar subjek pendidikan Islam dibawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia.

ā€œDemi memartabatkan agama Islam sebagaiĀ  Agama Persekutuan, kerajaan telah membayar saluran televisyen berbayar iaitu Tv Al-Hijrah sebanyak RM30 juta hanya untuk menyiarkan program berunsurkan islamik,ā€ jelasnya.

kelantan2

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis penyampaian sumbangan RM 10,000 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada pengurusan Madrasah Diniah Bakriah Pasir Tumboh yang asrama muslimatnya musnah dalam kebakaran pada 17 Jun lalu.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Hasnan Ramli.

SH

Tinggalkan komen anda