Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Kembara Sahur Temenggong Pahang

By 23 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Mohamad Azree Mohd Zaki

 

RAUB, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Kembara Sahur Temenggong merupakan satu program ziarah rumah ke rumah yang telah dijalankan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang anakanda bongsu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang bagi menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan yang dikenalpasti di sekitar daerah Raub.

 

Program ini merupakan siri jelajah pertama Ramadan tahun ini yang telah diadakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong dan telah menjadikan daerah Raub sebagai destinasi pertama beliau.

Program kembara sahur Tengku Temenggong Pahang bermula pada jam 2.00 pagi dan turut sahur bersama dengan pelajar Maahad Tahfiz Radiussolihin Raub. Seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan peribadi daripada Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang.

 

Kembara ini turut disertai oleh EXCO Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, ADUN Batu Talam, Dato’ Abdul Aziz Haji Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Dato’ Haji Khairul Anuar Haji Mahmood serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Raub. Kembara Sahur Temenggong Pahang ini akan singgah seluruh daerah di negeri Pahang.

mrr

Tinggalkan komen anda