Skip to main content
Berita TempatanSabah

Amalan Berdoa Latih Sifat Syukur dan Taqwa – Ustaz Syahir

By 24 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Jun (Malaysiaktif) –?“Muslimin dan muslimat digalak mengamal bacaan doa sekurang-kurangya 10 minit sebelum tiba waktu berbuka bagi memohon keberkatan dan mensyukuri nikmat setelah berjaya melaksanakan ibadat puasa sepanjang hari.

“Amalan berdoa bukan sahaja memberi peluang kepada kita menilai semula keimanan diri, sebaliknya melatih kita menguasai hawa nafsu serta menghindar diri menjadi hamba kepada nafsu.”

Demikian kata penceramah jemputan Institut Perguruan Gaya Kota Kinabalu, Ustaz Mohd. Syahir Ismail semasa menyampaikan ceramah di hadapan anggota dan kakitangan  perubatan Hospital Queen Elizebath (HQE)  pada Program Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Hospital anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) di Dewan Sri Kinabalu HQE petang kelmarin.

Tambahnya, setiap individu perlu mencari ruang masa yang sesuai untuk menilai tahap keimanan diri dan perbaiki.

“Dengan berbuat demikian kita akan sentiasa melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi segala yang buruk seterusnya membentuk umat yang bertakwa bukan sahaja sepanjang bulan Ramadan tetapi sepanjang masa dalam kehidupan.

Majlis turut diserikan dengan sesi  perkongsian  pengalaman yang disampaikan oleh Salina Hee   yang banyak terlibat dengan  aktiviti kebajikan dan keagamaan.

Hadir sama Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr. Heric Corray; Pengerusi PERKIPS Dr. Ahmad Toha Samsuddin; Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan Hospital.

SF

Tinggalkan komen anda