Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tiada Kenaikan Tambang Bas Ekspres Aidilfitri Ini – LPKP

By 24 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh Warman Wagiman & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Jun (Malaysiaktif) –? Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah di sini memaklumkan tiada kenaikan kadar tambang bas ekspres menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kadar tambang di negeri ini dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah seperti yang diwartakan kerajaan pada 1 Ogos 2009 dengan asas perkiraan 13 sen bagi setiap kilometer.

Menurut Pengerusi LPKP,  Datuk Raime Unggi, LPKP mewajibkan semua pengusaha bas ekspres melaksanakan kadar tambang yang seragam dengan serta-merta berdasarkan kadar yang ditetapkan bagi mengelak salah faham pengguna.

“Sebagai contoh kadar tambang bagi perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna pada hari biasa selain musim perayaan ialah RM 50.00 jauh lebih rendah berbanding kadar maksimu, yang ditetapkan iaitu RM 73.50 sehala,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa LPKP di ibu negeri, pada Rabu.

Kebanyakan pengguna menganggap berlaku kenaikan harga tambang semasa musim perayaan apabila kadar tambang maksimum dilaksanakan pada musim perayaan.

Walau bagaimanapun, katanya, orang ramai boleh membuat aduan kepada LPKP sekiranya berlaku kenaikan harga tambang yang tidak munasabah.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua pengusaha bas ekspres agar tidak menaikkan kadar tambang sesuka hati dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pengusaha berdegil.

Pengusaha bas ekspres juga perlu memastikan bas yang digunakan diselanggara dengan baik untuk keselamatan dan keselesaan penumpang.

SF

Tinggalkan komen anda