Skip to main content
Berita TempatanSabah

APMM Periksa 4500 Bot Kapal

By 9 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Ā  Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Taulani Hamzah (Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Jun (Malaysiaktif) ā€“? Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan menjalankan pemeriksaan ke atasĀ 4500Ā bot dan kapal laut pelbagai jenis sepanjang tahun ini.

Menurut, Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, hasil daripada pemeriksaanĀ berterusanĀ dan kerjasama dengan agensi keselamatan lain, menyebabkan aktiviti jenayah penyeludupan dan rentas sempadan kekal bawah paras tiga peratus di perairan Sabah dan Labuan.

“Ini satu pencapaian yang bukan sahaja datang daripada pengorbanan jitu setiap anggota yang bertugas malah penduduk setempat juga memainkan tanggungjawab mereka,ā€ ujarnya.

APMM Wilayah Sabah dan Labuan melancarkan Operasi Pagar Laut di seluruh perairan negara pada sepanjang Ramadan dan Syawal ini bagi memastikan kedaulatan perairan negara terus terpelihara dari aktiviti jenayah.

“APMM bersama agensi-agensi keselamatan yang lain sentiasa berganding bahu untuk memperkukuh keselamatan sempadan negara daripada dibolosi anasir yang mengancam keselamatan rakyat negeri ini,ā€ jelasnya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadapĀ Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Dr Haji Juhar Datuk Haji MahiruddinĀ di Istana Negeri, semalam.

“Kami juga akan menggunakan segala aset yang telah dibekalkan seperti kapal laut dan pesawat khas untuk meningkatkan kawalan perairan negara terutama di kawasan perairan timur Sabah dan ESSCOM,”katanya lagi.

Ahmad Puzi juga menasihatkan penduduk setempat agar terus memberikan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan negara dan menegaskan APMM sentiasa bersedia dengan apa jua bentuk ancaman yang mungkin berlaku.

Turut hadir, Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zubil Mat Som.

SF

 

Tinggalkan komen anda