Skip to main content
Berita TempatanSabah

250 Usahawan Sabah Meriahkan Konvensyen Giat MARA

By 3 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh: Zuraidah Ahmad (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Jun (Malaysiaktif) –? Konvensyen Usahawan Giat MARA Sabah 2016 yang berlangsung di sini, semalam berjaya mengumpul seramai 250 usahawan Sabah.

Mereka terdiri daripada usahawan pelbagai bidang seperti jahitan, kecantikan, rambut, spa, teknologi maklumat, elektrik, pendingin hawa, kimpalan dan sebagainya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan usahawan agar berusaha untuk terus maju seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Menurut Jainab, graduan Giat MARA sama ada pelatih sepenuh masa, perantis atau pelatih 1Malaysia layak memohon dan menerima pelbagai dana daripada kerajaan melalui saluran MARA seperti Kursus Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK).Giat mara 4

“Dana PUTEK, pinjaman putra, pinjaman-pinjaman kontrak dan pelbagai bentuk kemudahan ada disediakan.

“Di samping dana-dana MARA, Tekun juga ada menyediakan dana IKHTIAR dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya, kini terpulang kepada para usahawan untuk menggembleng usaha dengan dana yang ada untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Pada majlis itu, Jainab menyampaikan Anugerah Usahawan Rintis dan Anugerah Usahawan Cemerlang kepada para usahawan yang berjaya.

Konvensyen sehari itu diisi dengan aktiviti seperti pameran serta jualan produk usahawan.

SF

 

Tinggalkan komen anda