Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangor

Bantuan Berterusan bagi Pesawah Sungai Besar

By 16 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menyampaikan bantuan berterusan kerajaan persekutuan kepada rakyat di Sungai Besar yang rata-rata terdiri daripada pesawah melalui Program Azam Tani, bantuan daripada Tekun, Agro Bank, Fama, IADA dan sebagainya.

 

20150101_194230

 

Menurut beliau, “Pendapatan pesawah daripada padi itu sendiri ada hadnya, walaupun banyak bantuan subsidi yang diberikan oleh kerajaan tetapi ianya perlu diperbaiki untuk menggalakan petani-petani ini terlibat dengan aktiviti lain seperti perniagaan kerepek, nasi lemak, sos yang kadangkalanya memerlukan peralatan dan mesin”.

Beliau yang ditemui di Seminar Industri Asas Tani dan ‘Jalinan Tani’ negeri Selangor di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar, hari ini berkata, “Kita akan bantu dan memantau supaya pendapatan-pendapatan sampingan yang perlu diperolehi oleh para pesawah dan petani itu sendiri akan bertambah”.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda