Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Bantuan RM500 Ceriakan Aidilfitri

By 13 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Fasharina Kholil (Gerik)

GERIK, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Bantuan Khas sebanyak RM500 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk 1.6 juta penjawat awam sememangnya disambut baik oleh penjawat awam.

Najib membuat pengumuman tersebut pada 8 Jun lalu. Bantuan tersebut diberikan kepada penjawat awam seluruh negara untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut seorang penjawat awam, Siti Fatimah Yazid, 32, dia berasa sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerana dapat menggunakannya untuk membuat persiapan menjelang Syawal tidak lama lagi.

Siti Fatimah

Siti Fatimah Yazid – “Bersyukur dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan.”

“Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan dalam menyelami denyut nadi rakyat dengan memberi bantuan ini kepada para penjawat awam. Semoga bantuan ini dapat digunakan sebaik mungkin dalam membuat persiapan menyambut hari raya,” kata ketika ditemui di sebuah bank tempatan.

Seorang lagi penjawat awam, Rozita Abdullah, 33, turut bersyukur dan berterima kasih atas bantuan ini.  Ibu kepada tiga orang anak ini menambah, bantuan RM500 ini merupakan ‘duit raya’ daripada kerajaan kepada kakitangan awam.

Rozita

Rozita Abdullah – “Bantuan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persiapan raya.”

“Kenaikan harga barang serta kos sara hidup pada masa kini semakin meningkat.  Dengan bantuan yang diberikan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan perbelanjaan harian di samping dapat membantu ibu bapa membuat persiapan hari raya untuk anak-anak,” ujar Rozita yang ditemui di pejabatnya di Wisma Persekutuan Gerik.

Bantuan dengan anggaran peruntukan RM1 bilion yang akan diberikan mulai hari ini, bukan sahaja dapat dinikmati oleh penjawat awam, tetapi juga pesara kerajaan yang menerima pencen. Seramai 743,000 pesara kerajaan menerima bantuan sebanyak RM250.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda