Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Sumbangan Ramadhan Ukir Senyuman

By 4 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh M.Zakri Chan

MELAKA,  4 Jun (Malaysiaaktif)  – Sempena kedatangan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi Kawasan Rukun Tentangga KRT Kampung Musai dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Dun Bachang telah mengambil pendekatan terbaik dengan mengadakan Majlis Sumbangan Ramadhan kepada Warga Emas dan juga ibu-ibu tunggal.

Seramai 40 penerima sumbangan yang hadir dalam pagi ini. Penerima, Puan Esah binti Ramli, 65 melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur atas sumbangan makanan tersebut yang pasti akan mengurangkan beban mereka dalam berbelanja menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba 2 hari lagi.

 

42416bdf-3ed5-4673-89b4-f701f302c741

 

“Komuniti 1Malaysia Daerah Melaka Tengah akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada program-program kemasyarakatan yang akan dianjurkan,” ujar Penghulu Dun Bachang, Razali bin Yasin ketika ditemuramah oleh wartawan MalaysiaAktif pagi tadi.

Tambahnya, Program NBOS sebegini amat baik dan impak kepada masyarakat lebih menyeluruh berbanding menganjurkan program yang besar, namun kurang memberi kesan kepada rakyat.

Program hari ini bukan sahaja menyampaikan sumbangan Ramadan kepada warga emas malah diadakan pemeriksaan kesihatan dan aktiviti gotong-royong bersama masyarakat yang pasti memberi manfaat kepada semua.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Dr Hanafi bin Abd Hamid yang mewakili Datuk Saat bin Abu Pengerusi Japerun Bachang.

 

Tinggalkan komen anda