Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Sungai Besar: Calon Tiba Di Pusat Penamaan Calon

By 5 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mohamad Zairin Bin Mohamad Zin

SUNGAI BESAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Calon tiga penjuru bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar tiba di pusat penamaan calon yang bertempat di Dewan Seri Bernam, di sini.

Calon pertama yang tiba ialah Budiman Mohd Zohdi mewakili Barisan Nasional(BN) pada tepat 8.30 pagi diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengarah Pilihan Raya BN PRK P.093 Sungai Besar, Tan Sri Datuk Seri Noh Omar

Calon Amanah, Ustaz Azhar bin Dato’ Ab Shukur tiba pada pukul 8.40 pagi dengan diiringi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan juga Presiden DAP, Lim Kit Siang.

WhatsApp-Image-20160605
Calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman tiba pada pukul  8.50 pagi diiringi oleh EXCO negeri Selangor, Datuk Dr. Yunus Hairi serta pimpinan tertinggi PAS. Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
-DK/SF

Tinggalkan komen anda