Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Kuala Kangsar: Calon Bebas Buat Kecoh

By 5 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Diyana Zamri (Putrajaya) / Video: Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA KANGSAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Dua calon yang tidak disangka-sangka datang untuk mendaftar sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini.

Seorang peguam berasal dari Pulau Pinang, Datuk Abu Backer Sidek, 48, dan Izat Bukhary Ismail Bukhary, tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak pagi tadi untuk mendaftar bertanding sebagai calon Bebas.

Walaubagaimana pun, sejurus sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengumumkan penutupan penamaan calon, Abu Backer kelihatan keluar penuh beremosi. Ketika di dalam dewan tersebut, Abu Backer telah menimbulkan kekecohan dengan menghentak meja dan mengoyakkan Borang A, [Subseksyen 5(1)], Borang Sumpah Kerahsiaan miliknya.

 

 

Malaysiaaktif difahamkan oleh pihak SPR, itu hanyalah drama yang dibuat oleh Abu Backer. Sebelum ini, dia juga menimbulkan kekecohan yang sama ketika PRK Bukit Gelugor pada 2014 setelah tidak dibenarkan bersemuka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Negeri (PPN) Perak, Ahmad Adli Abdullah, ketika Abu Backer diminta menyerahkan borang penamaan, dia minta lebih masa kerana ingin menunggu penyokong dan pencadang sampai. Namun, sampai ke akhir, pencadang dan penyokongnya tidak hadir.

 

20160605_125911

Pengarah Pilihan Raya Negeri (PPN) Perak, Ahmad Adli Abdullah.

 

“Banyak benda yang berlaku ketika itu, yang tidak berapa kena dengan keadaan. Sepatutnya dia bersabar dan dia kena tunggulah. Itupun kita masih membenarkan dia berada dalam bilik penamaan calon sambil menunggu orang yang dimaksudkan datang. Tapi, sampai ke akhir, orang yang ditunggu tidak datang,”

Tambahnya, selepas itu Abu Backer keluar untuk mencari orangnya namun dia melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak elok mengenai SPR kepada pihak media.

“Bagi kita, takpelah. Walaupun kenyataan yang dikeluarkan itu mungkin tidak betul langsung…Yang sebenarnya tiada apa pun. Kita merasakan perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Walaubagaimana pun, kekecohan tersebut tidak mengganggu proses penamaan secara keseluruhannya berjalan lancar yang melibatkan empat orang,” jelas Ahmad Adli ketika ditemui di Pusat Media PRK P.067 di sini pafi tadi.

Sementara itu, kehadiran calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang pernah bertanding di DUN Pengkalan Kubor, Kelantan pada di PRK 2014 yang lalu menambahkan jumlah calon PRK Kuala Kangsar ini kepada empat orang.

Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid yang diwakili Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohamad Kamil Shafie selaku pencadang dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman selaku penyokong, merupakan calon pertama yang menghantar borang penamaan calon pada pukul 9.01 pagi diikuti calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad pada 9.05 pagi dan calon Amanah, Dr. Ahmad Termizi Ramli pada 9.10 pagi.

 

-AH/AAS

Tinggalkan komen anda