Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

[VIDEO] Sungai Besar: Jalan Menteri Mulai Sesak

By 5 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Suasana mulai gamat dengan kehadiran penyokong parti tiga penjuru yang memenuhi Jalan Menteri di sini bersempena Hari Penamaan Calon.

Jalan mulai sesak mulai 8.30 pagi sepanjang Jalan Menteri dengan kebanjiran kereta yang datang dari arah Kuala Selangor.

Penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) memenuhi kawasan dengan bacaan doa dan laungan ‘Allahuakbar’ oleh calon Ustaz Azhar Abdul Shukor dan para penyokongnya.

Sementara itu, di Jalan Tonggak 10 di sini Penyokong Barisan Nasional(BN) dilihat memenuhi kawasan tersebut dengan disajikan burger oleh Ketua UMNO Sg Besar, Datuk Jamal Md Yunus.

Laungan lautan Biru, ‘Hidup BN’ diketuai oleh Puteri UMNO menggamatkan suasana sebagai tanda sokongan kepada calonnya, Budiman Mohd Zohdi.

 

 

 

Dijangka pada 9.00 pagi ini, sesi penamaan calon yang akan diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar akan menyaksikan sama ada semua calon yang diumumkan parti masing-masing sebelum ini bertanding atau tidak di Parlimen P.093 Sungai Besar hari ini.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda