Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

Agihan Bubur Lambuk Warga Menara Persekutuan MITC

By 27 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh M Zakry Chan

MELAKA, 27 Jun (Malaysiaaktif) –  Kira-kira 30 orang sukarelawan daripada Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Melaka bertungkus lumus bergotong royong untuk memasak bubur lambuk seawal pukul8.00 pagi Jumaat lepas bertempat di Menara Persekutuan, Ayer Keroh.

Program Masak Bubur Lambuk tersebut mendapat kerjasama Majlis Keselamatan Negara Melaka (MKNM) dan sebuah syarikat bertujuan untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan, terutama dalam kalangan penjawat awam di sini.

Proses memasak bubur lambuk ini di ketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Hj Samion yang merupakan seorang yang dikatakan berpengalaman dalam penghasilan bubur lambuk.

93b7ab24-b1cd-4a11-b794-55f24e97932f

 

Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Bahaludin Amat berkata program ini adalah acara tahunan JaPen Melaka, namun pada tahun sebelumnya, bubur lambuk ini dimasak di tempat lain dan kemudian di bawa ke Menara Persekutuan untuk diagihkan.

“Tahun ini jabatan membuat kelainan dengan memasak sendiri bubur lambuk di Menara Persekutuan supaya kemeriahkannya lebih dirasai terutama kepada staf JaPen itu sendiri,”ujarnya kepada Malaysiaaktif.

1fcf3ae4-67ea-4e99-8c01-fc399dd6c650

 

Pesara tentera Abdul Samad Kassim 54, yang kebetulan di Menara Persekutuan berkata program ini bagus dan jarang diadakan di pejabat kerajaan.

Penjawat Awam, Zaiton Rashid, 49, berkata program pengagihan bubur lambuk JaPen ini sering ditunggu setiap kali bulan Ramadan dan namun kali ini lebih meriah dengan menghasilkannya secara bergotong-royong.

Sebanyak dua periuk digunakan bagi menghasilkan lebih kurang 800 pek untuk diagihkan kepada orang ramai kali ini.

Program ini juga disertai oleh Pengarah Penerangan, Lim Ann Teck yang turut bersama mengacau dan menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan bubur lambuk ini.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda