Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Bekas Guru Besar “Kembali Ke Sekolah” Untuk Mengundi

By 18 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Setelah 17 tahun meninggalkan sekolahnya, hari ini bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Utama, Haron Haji Mohamed Radzi, 72, kembali untuk membuang undi.

Haron yang datang bersama isterinya Kalsom Idris, 62 dan anak lelakinya, Mohd Zohdi Haron, 31 kelihatan teruja untuk membuang undi.

“Saya rasa sangat seronok, teringat zaman saya bertugas selama 13 tahun di sini. Ini juga tempat saya meletakkan kenderaan dahulu,” ujar Haron yang sudah lebih 10 kali mengundi.

Sementara itu, isterinya yang juga merupakan bekas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal akademik di Sekolah Kebangsaan Parit 4 Sungai Haji Dorani berkata suaminya tidak dapat tidur dan bangun seawal pukul 6.00 pagi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Lagipun kami nak elakkan kesesakan. Suami saya perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, kata isterinya.

Bagi anaknya Zohdi, ayahnya cukup bersemangat untuk keluar mengundi dan telah pun memberikan pesanan kepada saya dan adik untuk balik ke rumah untuk mengundi.

“Adik saya sendiri dalam perjalanan pulang dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur. Ayah memang dari dulu mahu kami turun mengundi. Kami mahu calon terbaik yang mewakili kawasan Sungai Besar ini,” katanya yang kini menetap di Bangi.

Tiga beranak ini antara pengundi yang telah turun membuang undi bagi memilih calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.093 Sungai Besar.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda