Oleh Noraidah binti Mat Seh
ALOR GAJAH, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 13 penerima, terdiri daripada warga tua, ibu tunggal, bapa tunggal serta orang kurang upaya menerima sumbangan barang keperluan berserta wang tunai dalam Program Khidmat Masyarakat di Kampung Belimbing Dalam semalam.
Seorang penerima, Yusuf Dol, 64, berasa terharu dan melahirkan rasa syukur di atas sumbangan kerana ia dapat membantu meringankan beban perbelanjaan semasa bulan Ramadan ini.
Ibu tunggal, Khadijah Yatim 76, yang mengalami sakit tua turut berkongsi sentimen yang sama dengan melahirkan rasa terima kasih di atas bantuan yang diterimanya. Beliau yang tinggal bersama anak lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah mengharapkan agar program ini dapat terus membantu golongan masyarakat yang memerlukan.
Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Belimbing Dalam, Abdul Latif Omar berkata program khidmat masyarakat ini kali kedua diadakan dengan tujuann membantu golongan yang kurang berkemampuan dan kurang upaya.
Program diusahakan dengan kerjasama K1M Kampung Belimbing Dalam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka serta ahli jawatankuasa Kampung Belimbing Dalam.
-AAS