Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

PRK Sg Besar Ibarat Tabung Uji – Prof. Madya Ismail

By 7 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Ismail Sualman  berpendapat perang tiga penjuru sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar ibarat tabung uji kepada sokongan mana-mana parti.

“Saya melihat keputusan PRK ini sebagai tabung uji bagi ketiga-tiga parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang”, katanya ketika ditemu ramah semalam.

“Parti Amanah Negara (PAN) nak lihat sejauh mana mereka dapat diterima oleh masyarakat, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula nak lihat sejauh mana relevannya mereka di situ, manakala Parti Barisan Nasional (BN) mahu melihat sejauh mana BN yang dikatakan kucar-kacir masih boleh diterima atau tidak.

“Kesungguhan ketiga-tiga parti ini dapat dlihat dengan jadual lawatan yang padat seperti ‘walkabout’, sembahyang tarawih dan sebagainya di semua tempat walaupun pada bulan Ramadan.

Ismail turut berkata, PRK kali ini boleh dianggap menguji hubungan mana-mana parti politik di Malaysia kerana ini merupakan pilihan raya terakhir pada tahun ini dan juga pada penggal PRU ke-13.

“Kita akan lihat sejauh mana sokongan dan strategi yang digunakan oleh mana-mana parti politik untuk menambat hati pengundi terutamanya apabila wujud beberapa keadaan dan pecahan dalam kalangan parti politik yang ada sekarang ini,” ujarnya lagi.

“Sebagai contoh, apa yg berlaku kepada BN dengan beberapa kemelut dalam UMNO khususnya dan juga masalah yang timbul.

“Selain itu, sokongan Cina yang dikatakan merundum di Semenanjung walaupun didapati terdapat peningkatan di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

“Tetapi yang lebih penting, saya lihat bahawa wujudnya pepecahan PAS sehingga mewujudkan PAN ini juga sesuatu yang menarik untuk dilihat bagaimana sokongan pecahan ini boleh diterima.

“Di samping itu, kita juga dapat menyaksikan bagaimana kemelut yang berlaku antara PAS dengan DAP yang juga dapat dilihat dalam PRK di Kuala Kangsar,” jelas Ismail lagi.

-SF

Tinggalkan komen anda