Skip to main content
HomeKelantan

Indeks Syariah Malaysia; Bukti Islam Didaulatkan

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Ruslan Bin Abdul Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 20 Jun (Malaysiaktif) – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak  menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa mendaulatkan Islam di Malaysia berasaskan prinsip-prinsip sejagat Islam yang berpaksikan kepada Maqasid Syariah dengan memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia (ISM).

“Melalui ISM ini, tahap komitmen dan  pelaksanaan prinsip serta nilai Islam dapat diukur  dengan lebih sistematik.

“Kerajaan sentiasa meletakkan Islam sebagai perkara yang paling tinggi dalam pentadbiran negara dan terbukti dengan pelbagai pembangunan institusi Islam dan mempunyai pakar dalam bidang Islam itu sendiri. Hasil kajian telah membuktikan kejayaan pelaksanaan ISM ini sehingga melebihi 75 peratus” katanya ketika berucap di Kompleks Uthmaniyah Pulau Lima, di sini, semalam.

Najib Razak dalam lawatan kerjanya di sini, semalam

Najib Razak dalam lawatan kerjanya di sini, semalam

Dalam pada itu Najib turut menyampaikan surat tawaran menunaikan haji kepada rakyat  sumbangan Yayasan 1Malaysia Berhad (1MDB) yang diwakili  oleh Ketua-Ketua Umno Bahagian.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hj Ahmad Jazlan Hj Yaakub, serta masyarakat setempat.

Perdana Menteri  kemudiannya berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta Tarawih bersama rakyat sebelum berlepas pulang ke ibu negara .

Perdana Menteri berkata, beliau amat berbesar hati dan terharu dengan sambutan yang begitu meriah daripada rakyat di Parlimen Pasir Puteh.

 

-SH

Tinggalkan komen anda