Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Hospital Baru Kuala Krai Bakal Berkonsepkan Hospital Dalam Taman

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Mohd Zulfadli Bin Ab Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 20 Jun (Malaysiaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan hospital baharu Kuala Krai. Kos keseluruhan pembinaan hospital ini bernilai RM286 juta dan sedang giat dibina di Kampung Pahi, di sini.

Najib yang singgah sekejap di tapak berkenaan sempat mendengar taklimat khas berkaitan projek pembinaan hospital ini oleh wakil pengarah Projek Utama Jabatan Kerja Raya (JKR ), Alias Adam.

Antara yang turut mengiringi Perdana Menteri adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadilah Yusof, serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Projek pembinaan hospital yang kini telah memasuki fasa kedua, berkeluasan 100 hektar ini dianggarkan siap sepenuhnya menjelang Mei tahun hadapan.

Pembinaan hospital baru ini merupakan salah satu projek yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sepertimana yang telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri ketika pembentangan belanjawan 2012 yang lalu.

Projek ini diteruskan pembinaannya dan berkonsepkan hospital dalam taman yang pastinya lebih cantik, menarik dan selesa buat seluruh kakitangan hospital, pesakit dan orang ramai.

 

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda