Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

189 Terima Sumbangan Tengku Puan Pahang

By 23 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Akma laily Hamdan (Maran)

 

 

 

MARAN, 23 Jun 2016 –Kebawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYTM) Tengku Puan Pahang memberikan sumbangan kepada 189 orang ibu tunggal generasi kedua FELDA di FELDA Ulu Jempul petang semalam.

 

Walaupun dalam keadaan gering, Tengku Puan Pahang turut bersama-sama memasak sebanyak 37 buah periuk bubur lambuk bersama penduduk, NGO’s, pegawai-pegawai kerajaan di Kuala Sentul dan seterusnya berbuka puasa secara santai di Padang FELDA Ulu Jempul.

WhatsApp-Image-20160623 (11)

Seramai lebih 800 orang yang turut hadir bagi memeriahkan lagi keberangkatan KDYTM Tengku Puan Pahang dan bersama-sama Tuanku untuk menikmati juadah berbuka puasa di padang tersebut.

WhatsApp-Image-20160623 (9)

Selain itu KDYTM Tuanku juga turut mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Turut memeriahkan majlis dan turut hadir ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia,  Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Muttalib, dan isteri,

WhatsApp-Image-20160623 (10)

Turut hadir ADUN Kawasan Chenor dan isteri, Dato’ Haji Mohamed Ariffin bin Awang Ismail. Selain itu pihak sebuah syarikat turut menyumbangkan rempah ratus untuk memasak bubur lambuk termasuklah apron kepada tukang-tukang masak.

mrr

Tinggalkan komen anda