
Oleh: Mohamad Zairin Mohamad Zin
SUNGAI BESAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Sesi penamaan calon akan diadakan sebentar lagi bertempat di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar akan menyaksikan sama ada semua calon yang diumumkan parti masing-masing sebelum ini bertanding atau tidak di Parlimen P.093 Sungai Besar hari ini.
Suasana pada pagi ini nampak tenang dan hanya kelihatan pasukan keselamatan, para petugas Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) serta wakil-wakil media.
Calon-calon dijangka akan tiba bermula 8.30 pagi nanti dan diikuti dengan beberapa prosedur pilihanraya sebelum layak diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pilihan Raya bagi Parlimen P.093 Sungai Besar dijangka pada 10.00 pagi nanti.
Parlimen P.093 Sungai Besar diisyhtiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon pada tragedi helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei yang lepas.
-SF