Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Sijil Halal Tamat, Tapi Masih Beroperasi

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh  Fauzrina Hj Bulka 

MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Sebuah kilang di Taman Perindustrian Merlimau di sini diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka hari ini kerana beroperasi tanpa sijil halal yang sah.

Antara lima jenis produk yang dirampas dalam serbuan tersebut ialah barangan makanan seperti tepung serbaguna dan mee soya yang dianggarkan bernilai lebih RM5,000.

Ketua Pegawai Penguatkuasa, Hamzah Mahadi berkata kilang tersebut mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 2014 tetapi telah tamat tempoh pada November tahun lepas.

 

5f3474b1-bd94-4000-a9c0-a6db9aa4baa2

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Melaka, Hamzah Mahadi.

 

“Pemilik kilang tersebut mendakwa telah memohon untuk memperbaharui sijil halal tersebut tetapi tidak diluluskan kerana didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JAIM,” katanya kepada pemberita tadi.

“JAIM telah mengarahkan kilang berkenaan untuk menghentikan operasinya sehingga memperoleh sijil halal namun ia tidak dipatuhi,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(1) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda RM500,000 bagi pertubuhan perbadanan manakala RM250,000 bagi bukan pertubuhan perbadanan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beberapa sampel makanan daripada kilang berkenaan turut diambil sebagai perbandingan dengan syarat sijil halal dikeluarkan JAIM.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda