Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Innocraft ‘One Stop Centre’ Baharu Melaka

By 3 Jun 2016Jun 4th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Innocraft Melaka disasarkan untuk menjadi ‘one stop centre’ baharu di Melaka untuk peminat kraf dengan menyediakan pelbagai produk hasil tangan pengusaha tempatan seperti kasut, pakaian, makanan, seni dan dekorasi.

Menurut Pengarah Eksekutif Innocraft Melaka, Abang Abdul Rahim Abang Ali, pihaknya menyediakan ruang buat usahawan dalam usaha mewujudkan  sebuah landasan dan saluran bagi memasarkan produk mereka secara percuma.

“Kita menyediakan tempat secara percuma buat usahawan dalam usaha membantu mereka yang kekurangan dana dan modal kerana kita percaya ramai usahawan yang mempunyai produk baik untuk dipasarkan tapi tidak punya ruang mencukupi,” kata Abang Abdul Rahim.

Tambahnya lagi, sudah ramai usahawan dari serata negeri yang berjaya dalam seni kraf hasil ditempatkan di sini antaranya Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

“Innocraft yang membawa konsep inovasi dan teknologi dilihat mampu menambah destinasi pelancongan di Melaka dengan membeli-belah produk kraf di bawah satu bumbung,” katanya di Kompleks Innocraft Melaka, Batu Berendam semalam.

Dibangunkan oleh SIRIM Berhad dengan sokongan dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Innocraft mula dibuka kepada orang ramai pada Februari 2014. Namun, bermula September 2015, Innocraft telah berdiri sendiri di bawah pengurusan VMI Sdn Bhd.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda