Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

[VIDEO] Tanggungjawab Mengundi Untuk Tentukan Masa Depan

By 18 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) –  Tamat sudah waktu mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar yang berlangsung dalam suasana aman dan cuaca yang baik.

Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini oleh beberapa pihak, PRK ini dapat menonjolkan  sifat bertanggungjawab sebahagian rakyat Malaysia dalam menunaikan kewajipan sebagai pengundi. Ada diantaranya yang berkerusi roda, peniaga dan pekerja kedai, tetapi mereka tetap keluar mengundi.

 

Kesibukan menjaga kedai dan berniaga tidak menghalang Tan Ah Kian untuk keluar mengundi. Menurut Ah Kian, mengundi penting sebagai rakyat dan beliau berharap calon yang menang akan memudahkan rakyat untuk berniaga dan mencari makan.

Seorang pengundi Halimah Yusoff, 79, berkata, beliau dibawa ke lokasi awal pagi oleh suaminya untuk mengundi kerana kurang upaya. Beliau juga menyifatkan mengundi sebagai tanggungjawab penting.

fa77688d-76e4-4c26-92eb-ac7e780e2e5f (1)

 

Intan Norlela bt Mohd Sobani, 28, pula keluar menunggu di pusat mengundi seawal pukul 7.30 pagi kerana perlu bekerja mulai pukul 9.00 pagi.

Harapan beliau, atas susah payah mengundi, calon yang menang tidak lupa janji untuk menjaga kebajikan rakyat.

Sementara itu, Misiam binti Tukiman, 72, gembira kerana petugas (SPR) melayan beliau dengan baik dan sudi membawanya mengundi dan kemudian menghantarnya ke kenderaan yang membawanya ke sini.

Seorang lagi pengundi, Mohd Faiz bin Jamaluddin, 27, yang datang dari Seksyen 8, Shah Alam gembira kerana selain dapat membuang undi, beliau juga berpeluang berbuka puasa bersama keluarganya di sini. Harapan beliau ialah supaya calon yang menang akan menunaikan tanggunjawab membangunkan Sungai Besar.

 

Walaupun sibuk berniaga, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Cheah berkata mengundi adalah tugas seorang rakyat.

Menurut SPR, sehingga pukul 5.00 petang tadi, Lebih 74 peratus pengundi Sungai Besar  menunaikan tanggungjawab mereka.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda