Skip to main content
HomeKelantan

Mobile CTC Hubungkan Rakyat Pasir Puteh

By 8 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Azmi Abd. Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 8 Jun (Malaysiaktif) –Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) adalah satu Strategi Lautan Biru yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara dalam mendekati rakyat.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Selising telah membuka mata rakyat tentang keberadaan pelbagai jabatan dan agensi serta peranan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut Muhamad Rafie bin Joned, 48 tahun, banyak manfaat yang diperolehi apabila mengikuti program ini.

“Pelbagai peluang dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat dalam urusan pembiayaan dan perbankan, ujarnya ketika mengunjungi program tersebut di Padang Awam Selising, di sini.

Beliau juga turut melahirkan rasa bertuah kerana program turun padang ini memudahkan rakyat untuk berurusan dengan pelbagai jabatan dan agensi sesuai dengan kehendak mereka seperti perkhidmatan permohonan Mykad, lesen memandu dan sebagainya.

Konsep program yang begitu unik dengan penglibatan 8 buah bas dan 3 buah van yang melibatkan 17 perkhidmatan kerajaan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, memeriahkan lagi suasana di Padang Awam Selising.

Secara peribadi beliau  menyatakan usaha murni kerajaan dalam mendekati rakyat dengan pelbagai pendekatan amat bertepatan dengan hasrat kerajaan, rakyat diutamakan dan janji ditepati.

 

-SH

Tinggalkan komen anda