Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

MRSM Khas untuk Anak Polis – Zahid

By 12 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Foto: Muhamad Basyhar (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada negara, anggota polis terpaksa meninggalkan ahli keluarga demi tugas dan tanggungjawab.

Menghargai bakti pasukan polis Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan perancangan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas untuk anak-anak anggota polis.

“Saya juga tahu bahawa anak-anak kita juga memerlukan tempat untuk sekolah berasrama penuh. Saya ingin umumkan, ini tidak ada kena mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar. Sebuah MRSM khusus untuk anak-anak polis akan dibina tahun ini juga di negeri Perak,” ujar Zahid ketika melawat Markas Taktikal (Martek) polis bagi PRK Kuala Kangsar petang tadi.

Menurut Zahid, pembinaan MRSM di Perak ini merupakan MRSM kedua yang dibina khusus untuk anak-anak anggota polis selepas MRSM Kulim.

“Kita tahu anak tentera ada, anak polis pun kena ada… Bukanlah kita nak cemburu dengan pasukan lain tetapi saya mahu menghargai anak-anak polis.

“Kawasannya telah diputuskan dan tanah telahpun dibeli manakala tender akan keluar selewat-lewatnya akhir bulan ini. Tempatnya akan diumumkan oleh ahli parlimen kawasan berkenaan,” tambah Zahid lagi.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda