Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Muzium Pertanian Jasin Sepi

By 30 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Khairunnisa Abd Rahman / Foto: Norhafisha Ramli (Jasin)

JASIN, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Sebuah bangunan berwarna merah bata yang tersergam indah dan masih mengekalkan reka bentuk klasik di tengah-tengah Pekan Jasin sering dipandang sepi oleh penduduk setempat. Kebanyakan mereka hanya lalu di hadapan bangunan tersebut tanpa menyedari bangunan tersebut merupakan Muzium Pertanian Jasin, Melaka.

Bangunan ini pada asalnya merupakan Pejabat Pos pertama di bandar Jasin. Ia diwujudkan pada tahun 1989 di Jasin kerana Jasin merupakan daerah pertama di Melaka yang mengeluarkan bijih timah dan hasil pertanian serta menjadi perintis penanaman getah di Malaysia.

Tinjaun Malaysiaaktif mendapati muzium dua tingkat yang beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin ini kelihatan sunyi tanpa pengunjung dan kewujudannya seolah-olah tidak disedari.

Pembantu Am Pejabat, Siti Nor Ain Abdullah, 49, berkata: “Diorama yang dipamerkan dalam muzium ini sahaja yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke sini. Selalunya pelajar Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang kerap datang untuk membuat kajian bagi projek mereka.

MJ10

Antara diorama yang dipamerkan di Muzium Pertanian Jasin

 

“Saya berpendapat muzium ini perlu dipromosikan dengan lebih meluas lagi supaya orang ramai akan menyedari kewujudan muzium ini di sini.  Orang tempatan pun tak ramai yang tahu tentang muzium in,” luah Siti Nor Ain kepada Malaysiaaktif ketika ditemui di muzium tersebut, pagi tadi.

MJ14

Pembantu Am Pejabat Muzium Pertanian Jasin, Siti Nor Ain Abdullah, 49, ketika ditemu ramah oleh Malaysiaaktif.

Tambahnya, kawasan tempat letak kereta yang sempit mungkin menjadi antara punca orang ramai tidak berkunjung ke Muzium Petanian ini. Namun, Siti Nor Ain berharap perkara itu tidak akan menjadi satu halangan untuk orang ramai terutamanya pelajar sekolah untuk menjejakkan kaki ke muzium itu bagi menyelami sejarah pertanian di negara ini.

MJ11MJ13

Seorang penjawat awam yang ditemui, Khairul Anuar Ali, 32, berpendapat bahawa Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) perlu membuat promosi besar-besaran dan memperbaiki struktur bangunan yang kelihatan suram ini kerana ia merupakan khazanah yang perlu dipelihara.

MJ2

Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke muzium yang dibuka seawal pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda