Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Nelayan Zon B Boleh Guna Khidmat Pekerja Asing

By 12 Jun 2016Jun 13th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan membenarkan Nelayan Zon B iaitu nelayan yang beroperasi pada jarak lapan batu nautika dari pantai untuk menggunakan khidmat pekerja asing. Ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi semasa Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan Dan Pelancaran Sistem Pengesanan Automatik (AIS).

Di dalam majlis tersebut Zahid berkata, kerajaan Malaysia sentiasa mencari jalan membantu dan  menjaga keselamatan dan nyawa nelayan.

Atas dasar ingin menjaga keselamatan nelayan inilah, kerajaan sanggup mengeluarkan belanja yang banyak untuk memberi alat AIS adalah untuk keselamatan nelayan secara percuma.

Menurut Zahid lagi, berikutan beberapa kejadian nelayan kita dianiaya oleh negara jiran antaranya sengaja menarik kapal dan bot nelayan masuk ke negara mereka dan mengenakan denda yang tinggi serta penjara maka AIS ini dapat merekodkan dan mebuktikan pergerakkan nelayan demi keselamatan mereka.

Kerajaan juga akan mempertahankan nelayan kita habis-habisan sekiranya terbukti mereka dianiaya, katanya lagi.

Dalam majlis tersebut Zahid telah menyampaikan elaun sara hidup nelayan kepada 2000 orang nelayan Selangor berjumlah RM 247, 200.00

Zahid juga turut membuat pelancaran penggunaan AIS di seluruh Negara.

Sebelum meninggalkan majlis untuk bertarawih di surau berhampiran, Zahid sempat mengimamkan solat marghrib di majlis tersebut.

 

-DK

Tinggalkan komen anda