Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ramadan Masa Tepat Berhenti Merokok – Dr. Heric

By 12 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 12 Jun (Malaysiaktif) –? Orang ramai khususnya perokok tegar yang mengalami masalah untuk berhenti merokok disaran mengambil peluang pada bulan Ramadan ini untuk meninggalkan tabiat tersebut.

Menurut Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Heric Corray, hasil kajian mendapati 95% perokok dalam kalangan individu beragama Islam berupaya mengawal diri daripada tabiat tersebut namun memerlukan keazaman tinggi untuk meninggalkan tabiat tersebut.

“Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak hospital sentiasa mengadakan pelbagai program bagi menyampaikan mesej tersebut melalui kempen ‘Nafas Baru Bermula Ramadan’ khusus golongon perokok sama ada masyarakat sekitar mahu pun warga HQE sendiri.

DSC_0171

 

Heric berkata demikian semasa merasmikan Program Sambutan Minggu Tanpa Tembakau dan Pelancaran Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat HQE di Auditorium, Menara Berkembar HQE pagi semalam.

Tambahnya, Ramadan ialah waktu yang sesuai dan titik permulaan terbaik untuk berhenti merokok, kita yakin program yang diadakan mampu membantu perokok meninggalkan terus tabiat merokok.

“Hasil kajian mendapati tidak mustahil perokok berupaya berhenti merokok sekiranya menanamkan tekad untuk berhenti demi kebaikan dan kesihatan diri.

Jelasnya lagi, pihak hospital turut menawarkan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok  bagi individu yang ingin berubah dan menjauhi diri daripada rokok malah perkhidmatan ini merangkumi hampir seluruh Fasiliti Klinik Kesihatan di seluruh Sabah.

“Ambillah keputusan dan peluang keemasan pada Ramadan ini untuk melepaskan diri daripada perangkap rokok, kuatkan azam dan katakan ‘tak nak pada rokok,” ujarnya lagi.

Program Sambutan Minggu Tanpa Tembakau dan Pelancaran Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat HQE ini hasil kolaborasi Unit Promosi Kesihatan dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah, Cawangan HQE  (PERKIPS).

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu ini antaranya pameran kemudaratan merokok dan tiga sesi ceramah ‘Keperluan dan Kebaikan Berhenti Merokok’ oleh Dr. Shivaanad A/L Letcheminan, ‘Rawatan dan Cara Berhenti Merokok’ oleh Muhammad Nooradely  dan  ‘Klinik Berhenti Merokok’ yang disampaikan oleh Puan Norsaadah Omar.

 

-SF

Tinggalkan komen anda