Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Zahid Harap Pemilih Atas Pagar Tidak Terpengaruh

By 12 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan diberi keizinan untuk mana-mana tokoh berkempen, namun saya berasa sedih sebagai bekas Presiden Umno, bekas Pengerusi BN dan bekas Perdana Menteri, beliau sanggup untuk memburukkan calon Barisan Nasional (BN).

Demikian jawab Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Zahid berkenaan pertanyaan media berhubung Tun Mahathir semalam pada sidang media yang berlangsung di Hotel Komp1t, di sini.

Tambahnya, menyentuh ucapan Tun yang telah diviralkan kita tahu beliau cuba untuk membakar kelambu, kita juga faham bahawa beliau sedang berada di persimpangan jalan politik untuk melihat adakah beliau masih berpengaruh.

“Ramai pemimpin tidak dapat terima pendapat Tun M dan perbezaan pendiriannya, saya berharap supaya pemilih di atas pagar tidak terpengaruh.”

-SF

Tinggalkan komen anda