Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangorViral

21 Barangan Di Bawah Kawalan Harga Perayaan AidilFitri

By 12 Jun 2016Tiada komen4 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 12 Jun  (Malaysiaaktif) – Sejumlah 21 jenis barangan diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2016.

Pengumuman dibuat awal supaya peniaga dan pemborong bersedia dengan harga siling ini sebelum 16 Jun.

Ini dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini semalam.

 

20160611_153922

 

Menurut beliau, skim dyang dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ini akan bermula dari 16 Jun hingga 6 Julai 2016 dan tempoh pelaksanaan adalah selama 21 hari termasuk Hari Raya pertama.

Senarai barangan harga terkawal adalah ayam hidup harga bagi setiap kilogram (kg) borong RM6.00, harga runcit RM6.70.

Ayam standard iaitu ayam yang disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya, harga bagi setiap kg borong RM7.10, harga runcit RM7.90.

Ayam super iaitu ayam yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal, harga bagi setiap kg borong RM7.90 , harga runcit RM8.80.

Telur ayam gred A yang beratnya antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji, harga bagi setiap biji ialah harga borong RM0.35, runcit RM0.37.

Telur ayam gred B yang beratnya antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebij, harga bagi setiap biji ialah harga borong RM0.34, runcit RM0.36.

Telur ayam gred C yang beratnya antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji, harga bagi setiap biji ialah harga borong RM0.33, runcit RM0.35.

Daging lembu tempatan ia tidak dikawal di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi setiap kg ialah, borong RM28.00, runcit RM30.00. Manakala bagi daging lembu import ia hanya dikawal di Sarawak sahaja dengan harga setiap kg RM22 borong dan RM25 runcit.

Daging kerbau import dari negara India ia tidak dikawal di Sarawak harga bagi setiap kg ialah, borong RM15.00, runcit RM17.00

Cili merah bagi setiap kg ialah, borong RM14.00, runcit RM16.00.

Tomato, bagi setiap kg ialah, borong RM3.00, runcit RM4.00

Kubis bulat lmport dari negara Indonesia dan China tetapi tidak termasuk kubis yang datang Beijing, bagi setiap kg ialah, borong RM2.50, runcit RM3.50

Kelapa biji hanya dikawal di peringkat borong sahaja, harga bagi setiap biji ialah RM1.50.

Kelapa parut hanya dikawal di peringkat runcit sahaja ialah RM6.00 setiap kg.

Bawang Merah Kecil dari negara India, harga bagi setiap kg ialah, borong RM5.00, runcit RM6.00

Bawang Putih yang diimport dari negara China, harga bagi setiap kg ialah, borong RM9.50, runcit RM10.50

Bawang Besar Import harga bagi setiap kg ialah, borong RM2.00, runcit RM3.00

Ubi Kentang Import dari negara China harga bagi setiap kg ialah, borong RM2.00, runcit RM3.00

Ikan Kembung termasuk lkan Mabung yang beratnya dan saiz sekitar antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram harga bagi setiap kg ialah, borong RM9.00, runcit RM11.00

Ikan Selayang yang beratnya antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram harga bagi setiap kg ialah, borong RM6.00, runcit RM8.00

Ikan Aya/Tongkol yang beratnya antara 1 ekor hingga 2 ekor setiap kilogram harga bagi setiap kg ialah, borong RM7.50, runcit RM9.50. Ikan ini harganya dikawal di Pahang, Terengganu & Kelantan sahaja.

Sehubungan itu, Hamzah mengingatkan  peniaga  bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi segala peraturan di bawah skim ini. Jika didapati bersalah  tindakan akan dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011.

Kesalahan menjual melebihi harga maksimum bolehdikenakan  didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan, boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000, sementara bagi individu yang gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawalboleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000. JIka kesalahan dilakukan oleh syarikat, dendanya ialah sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

 

20160611_161741

 

Beliau berkata pegawai Penguatkuasa dan pegawai Pemantau Harga KPDNKK akan berada di lokasi-lokasi, termasuk pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

Pengguna mengadu kepada KPDNKK melalui talian 03-8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1Mocc), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS), 1-800-886-800, Aplikasi telefon pintar, Ez ADU, emel ke kpdnkk.gov.my, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan>” atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNKK di seluruh negara.

Hamzah juga memaklumkan bahawa ahli-ahli ‘Sahabat KPDNKK’ akan turut membantu memantau harga barangan kawalan ini di seluruh negara.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda