Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

Peniaga Bazaar Ramadan Diingatkan Tentang Kebersihan

By 12 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norizah Jadid

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Kebersihan perlu diutamakan oleh peniaga Bazaar Ramadan supaya makanan yang dijual dijamin bersih dan selamat.

Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Bazaar Ramadan Kampung Bharu di Jalan Raja Alang, Chow Kit hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Perbadanan  Kampung Bharu (PKB) mentranformasikan Bazaar Ramadan Kampung Bharu berwajah baru melalui hiasan menarik, khemah yang selesa dan pencahayaan.

Johari juga mengharapkan agar PKB dapat memberi keselesaan kepada rakyat melalui peruntukan yang diberikan, terutamanya kepada penduduk kawasan tersebut.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kampung Bharu, Datuk Affendi Zahari dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu, Datuk Mahadi Che Ngah.

 

– DK/AAS

Tinggalkan komen anda