Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerakViral

Pusat Internet 1Malaysia Serendah RM5 Seumur Hidup

By 11 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham / Foto: Nazri Rapaai (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 11 Jun (Malaysiaaktif) –  Penduduk Kampung Kubang Pekan hari ini menikmati kemudahan internet menerusi Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang serba lengkap dan moden dengan yuran keahlian serendah RM5.00 seumur hidup.

Bagi penggunaan internet, ahli PI1M boleh menikmatinya secara percuma manakala bukan ahli hanya perlu membayar RM2.00. Antara perkhidmatan lain yang disediakan ialah fotokopi imbasan binding dan laminating.

Pusat Internet 1Malaysia

Menyediakan kelas khas seperti kelas asas komputer, asas aplikasi Internet, klinik keusahawanan, Microsoft Office, Adobe Photoshop dan Movie Maker untuk penduduk setempat, PI1M ini turut mengadakan kelas tuisyen dan kelas tajwid serta mengaji untuk penduduk kampung.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman, berkata, program jalur lebar untuk kawasan luar bandar ini akan dapat membantu para usahawan untuk mencapai pelanggan dengan lebih meluas.

“Program jalur lebar ini dapat membantu para usahawan mempertingkatkan produk pelancongan, kraftangan, dan memperkenalkan pengusaha rawatan tradisional dalam talian. Malah, internet ini bukan hanya untuk golongan belia sahaja tetapi untuk semua lapisan masyarakat, khususnya masyarakat orang asli di kawasan ini,” kata Maslin.

Jailani Johari dan Maslin Sham Razman

 

 

 

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari.

 

-DZ/AH

Tinggalkan komen anda