
Oleh Khairunnisa Abd Rahman / Foto Norhafisha Ramli
JASIN, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Komuniti 1Malaysia (K1M) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bersama-sama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Rambai, Pusat Transformasi Mini (RTC) Sungai Rambai, UMNO dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Barat, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Seri Pengkalan Lambak dan Puteri UMNO DUN Sungai Rambai semalam mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk.
Edaran bubur lambuk dibuat bermula pukul 2.00 petang ke sekitar Sungai Rambai, Maahad Tahfiz dan Bazar Ramadhan Sungai Rambai.
Ismail Bin Yusof, 65 berkata “aktiviti seumpama ini memang kami buat setiap tahun. Pada saya, aktiviti ni bagus untuk kami berkumpul dan sama-sama membuat bubur lambuk sambil bergurau senda. Meriah betul bila dah berkumpul macam ni.”
Sebanyak tiga periuk bubur lambuk dimasak bagi menyediakan sejumlah 900 bungkus.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman.