
Oleh Ismail Idris
PEKAN, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini merasmikan program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di sini.
Beliau turut mengumumkan insentif duit raya sebanyak RM500 seorang kepada seramai 99,046 peneroka Felda di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan RM49.52 juta.
Perdana Menteri berharap bayaran insentif duit raya ini dapat digunakan oleh para peneroka sebagai persiapan sambutan hari raya Aidil Fitri dua minggu lagi.
Kira-kira empat ribu orang hadir pada majlis berkenaan terdiri daripada peneroka dan pegawai-pegawai kerajaan. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Datuk Seri Abu Bakar bin Harun dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.