Skip to main content
Berita TempatanHomePerakTerengganu

Pertembungan Empat Penjuru PRK Kuala Kangsar

By 5 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Teka-teki orang ramai tentang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akhirnya terjawab pagi tadi dengan penamaan empat calon yang diumumkan di Dewan Jubli Perak, di sini.

Empat calon yang bertanding ialah Datin Mastura Abdul Yazid mewakili Barisan Nasional (BN), Dr. Hjh Najihatussalehah Ahmad mewakili PAS, Dr Ahmad Termizi Ramli mewakili Parti Amanah Negara dan Izat Bukhary Ismail Bukhary sebagai calon Bebas.

 

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria yang menyemak kertas-kertas penamaan calon berkata tiada calon yang ditolak kertas penamaannya.

Hari mengundi awal akan diadakan pada 14 Jun, manakala Hari Mengundi ditetapkan pada 18 Jun.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda