Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Jalan Sesak Selepas Penamaan Calon Di Kuala Kangsar

By 5 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA KANGSAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Hampir semua jalan raya di sekitar Bandar Diraja ini sesak dengan kenderaan sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak.

Ketenangan seawal pukul 7.00 pagi yang bertukar  menjadi sibuk memaksa penduduk, pengamal media, pegawai bertugas dan penyokong parti memilih untuk berjalan kaki ke destinasi masing-masing.

Namun demikian, keadaan masih terkawal apabila pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menutup beberapa jalan utama menghala ke pusat penamaan calon.

 

DSC_1944

 

 

Antara sebab berlaku kesesakan kerana beberapa buah kenderaan diletakkan di bahu jalan bertentangan dengan arus trafik hingga laluan menjadi sempit dan menyukarkan kenderaan keluar masuk di beberapa jalan utama di sekitar bandar ini.

 

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda