Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

PM Sangkal Peletakan Batu Asas Jambatan Manong Lima Kali

By 11 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Diyana Zamri / Foto: Nazri Rapaai (Putrajaya)

MANONG, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan terdapatnya majlis peletakan batu asas Jambatan Manong sehingga lima kali.

“Belum pernah ada lagi majlis pelancaran, belum ada lagi majlis letak batu asas. Itu bidaah (diada-adakan) sahaja. Jadi sepatutnya bulan puasa ini tak boleh tabur fitnah. Tapi, politik jalan juga.

“Saya telefon Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusoff, dia mengesahkan memang tuan-tuan semua hendak sangat jambatan. Janganlah jambatan besar macam jambatan Pulau Pinang yang kedua, tak. Jambatan yang sesuai dengan keadaan setempat di sini dengan perbelanjaan yang berbaloi,” ujar Najib ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk setempat di Masjid Nurul Huda, di sini.

Penduduk di Manong menerima berita yang dinanti-nanti apabila beliau mengumumkan kelulusan pembinaan Jambatan Manong dan jalan di sekelilingnya sepanjang tiga kilometer.

“Jadi saya nak umumkan, jambatan dan juga jalan kelilingnya lebih kurang sepanjang tiga kilometer, kerajaan meluluskan pembinaan Jambatan Manong dengan bajet sebanyak RM43.5 juta,” kata Najib.

Penduduk setempat menggunakan bot penambang untuk berulang-alik dengan kadar bayaran pergi balik sebanyak RM1 seorang dan RM2 sekiranya membawa motosikal. Bot tersebut beroperasi setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 6 petang dan mengambil masa selama 30 minit. Sekiranya penduduk ingin ke Pekan Manong selain daripada waktu tersebut, mereka perlu menggunakan laluan darat sejauh 45 kilometer.

Sebelum ini, calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid telah mengumumkan lima agendanya untuk memperjuangkan harapan orang Kuala Kangsar. Kelulusan peruntukan Jambatan Manong ini menjadikan agenda keduanya, menyegerakan kelulusan projek Jambatan Manong, tercapai.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda