Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Iklan Provokatif di Sungai Besar: Itu Politik Kotor- Liow

By 11 Jun 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Papan iklan berunsur perkauman dan provokatif di sini menunjukkan bahawa mereka ketandusan isu, mereka bermain politik membakar emosi rakyat untuk menanam benih kebencian dalam kalangan rakyat. Ini satu taktik politik kotor.

Demikian kata Menteri Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika ditemui dalam Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Sabak Bernam dan Program Jom JPJ di Sek. Keb Seri Makmur, Parit 1 Sungai Besar tengah hari tadi.

Tambahnya, saya dapati bahawa pihak pembangkang tidak bertanggungjawab membawa isu perkauman, isu agama untuk kepentingan parti masing-masing.

“Parti Pakatan yang berkecai yang bergaduh sesama sendiri dan menggunakan emosi rakyat untuk meraih undi itu tidak betul. Ini jelas membelakangkan kepentingan rakyat,” ujarnya ketika ditanya berkenaan isu papan iklan provokatif di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Liow turut  menyatakan siasatan pencarian nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak yang berlaku 5 Mei lalu masih diteruskan walaupun berdepan dengan masalah arus deras.

“Siasatan pencarian bangkai heli masih diteruskan. Kita gunakan alat yang termoden tapi sukar kerana arus sungai itu cukup deras menyebabkan heli itu tidak dapat dijumpai sehingga sekarang. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi pencarian yang lain akan tingkatkan misi pencarian dengan pelan yang terperinci agar kita dapat mencari punca kemalangan tersebut.

Menyentuh isu laporan lebih banyak serpihan MH370 telah dijumpai di perairan Madagascar dan di selatan Australia, Liow memaklumkan bahawa pihak DCA akan terus bekerjasama dengan negara terlibat.

“DCA telah pun menghubungi negara-negara tersebut untuk mendapatkan bantuan mereka untuk menganalisis serpihan tersebut sama ada sah milik Boeing 777 atau tidak. Jika sah, maka kita akan mendapatkan bantuan mengambil pulang serpihan-serpihan ini untuk dianalisis.

Liow juga berharap semua pihak menolak sebarang spekulasi berkenaan MH370.

“Buat masa ini semua spekulasi tidak digalakkan, memang sebelum ini kita telah jumpa lima serpihan yang telah disahkan. Pertama flaperon yang dijumpai di Ireland sah milik MH370. Empat lagi iaitu di Mozambique dan South Africa kita jumpa besar kemungkinan MH370 kerana tiada serial number. Besar kemungkinan kepunyaan kita kerana 777 yang hilang di lautan hanya MH370.

‘Kini banyak serpihan dijumpai di pantai-pantai. Kita akan teruskan misi pencarian di Lautan Hindi Selatan. Kita dapat kerjasama yang baik dari Ausralia dan China dan akan terus berbincang cara-cara mencari jawapan kepada misteri kehilangan MH370 khas untuk ahli-ahli keluarga mangsa MH370,” ujarnya.

AAS

Tinggalkan komen anda