
Oleh: Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)
KOTA KINABALU, 10 Jun (Malaysiaktif) ā? Polis akan mempergiat rondaan berbasikal daripada tiga kali seminggu kepada tujuh hari seminggu bermula 7.00 malam dan menyasarkan kawasan riadah yang menjadi tumpuan orang ramai sebagai langkah pencegahan jenayah.
Ketua Polis Daerah, ACPM Chandra berkata rondaan berbasikal yang dijalankan para anggota SSPDRM sejak Mei tahun lepas nyata banyak membantu usaha berkenaan dan bercadang meluaskan kawasan rondaan di dalam bandar.
“Sejak Mei tahun lepas, polis bersama pasukan SSPDRM telah mengadakan rondaan menggunakan basikal terutama di Taman Awam Likas Ā di mana tumpuan orang ramai semakin bertambah.
“Rondaan oleh anggota-anggota tersebut banyak membantu polis dalam pencegahan jenayah di kawasan tersebut dengan kekerapan tiga kali seminggu pada waktu puncak iaitu 7.00 malam hingga 11.00 malam.
“Jika ada keupayaan, kita akan sambung rondaan ke kawasan bandar. Ini kerana trek basikal ketika ini sedang dipanjangkan ke Sutera Harbour hingga kawasan Tanjung Aru kerana rondaan seperti ini lebih praktikal,” katanya pada Majlis Penyerahan Basikal sumbanganĀ Avangio Hotel danĀ Jeselton Medical Center di Metro Town menerusi program tanggungjawab sosial korporat badan itu.
Chandra turut merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tersebut dan berkata tambahan lima unit basikal itu menjadikan jumlah basikal di IPD KK kepada 13 unit keseluruhannya dan cukupĀ untuk menambah kekerapan rondaan.
Hadir sama Pengurus Besar Avavgio Hotel Kota Kinabalu, Gordon Seet dan Komanden SSPDRM Kontinjen Sabah, SUPT Paul Lajumin
SF