Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

[VIDEO] Sg Besar: Curi, Bakar Bendera Cemar Hari Ke-2 Kempen

By 7 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Sehingga semalam, polis menerima empat laporan berbentuk khianat, iaitu dua kes mencabut bendera, satu kes curi dalam bilik gerakan dan satu kes bakar bendera parti.

Demikian kata Pegawai Perhubungan Media ACP Khalil Ariffin  di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam petang tadi.

Kes bendera terbakar dibuka untuk siasatan di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan, sementara kes kecurian  barang- barang dan duit RM800 dalam bilik gerakan dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

 

 

“Saya nak nasihatkan para penyokong  parti yang bertanding untuk mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan. Jangan bertindak di luar batasan undang-undang kerana akan mencemarkan suasana PRK di sini.

“ Jangan lakukan provokasi kepada pihak lawan seperti mengejek, membaling objek-objek, tidak membangkitkan isu-isu sensitif seperti perkauman, keagamaan, dan tidak melakukan khianat seperti mengoyak bendera,” katanya yang juga jurucakap Polis PRK Sungai Besar

Sementara itu, sebanyak 18 permit telah dimohon dan diberikan untuk ceramah dijalankan.

Menyentuh berkenaan pengharaman penggunaan paragliders dan drone sepanjang PRK kali ini, Khalil menegaskan isu tersebut bersabit dengan keselamatan.

“Benda ini disalah guna dan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan. Langkah diharamkan penggunaan paragliders ini satu tindakan yang telah diputuskan atas sebab-sebab keselamatan,” ujarnya lagi.

 

Tinggalkan komen anda