Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Salleh Yakin Pemilih Sungai Besar akan Terus Bersama

By 13 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Dila Khamde

SEKINCHAN, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Saya yakin para pemilih di Sungai Besar akan bersama calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi dalam menentukan agar kawasan ini akan terus diwakili BN.

Demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Program Kenduri Kampung Majlis Berbuka Puasa di Balai Raya Parit 5, Kampung Sentosa, semalam.

Menurut Salleh, berbanding BN, Pakatan Harapan jelas tidak mampu untuk mengurus permasalahan antara mereka.

“Walaupun BN dianggotai oleh lebih 10 parti komponen, tetapi kita mampu untuk menentukan parti ini berjalan dengan baik, berkompromi untuk menentukan agar di sebarang pilihan raya, kita hanya mengemukakan satu calon sahaja dan semua parti komponen akan bersetuju dengan calon tersebut dan berusaha untuk menentukan kemenangan pada parti tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, situasi yang sama berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini. Kita lihat pertembungan antara PKR dengan DAP di beberapa kawasan sedangkan mereka dalam satu kumpulan yang sama.

“Ini menunjukkan bahawa mereka hanya ghairah untuk merebut menjadi wakil rakyat dan bukan untuk berkhidmat kepada masyarakat,” ujarnya.

Mengulas tentang Tun Mahathir, Salleh merasakan itu ialah hak beliau untuk berkempen. Walau bagaimanapun dia kesal dan menyifatkan Tun M lebih berminat untuk memperjuangkan politik peribadinya.

“Beliau sering mengemukakan soalan yang sama berulang kali (recycle issue). Kita telah menjawab dan menjelaskan apa yang beliau bangkitkan, tetapi beliau masih tidak berpuas hati.

“Kebebasan terletak kepada rakyat untuk memilih wakil yang mampu untuk memperjuangkan dan membela nasib mereka serta memajukan negara ini.

“Jika kita mahu menentukan negara kita terus maju ke hadapan kita memerlukan sebuah parti yang mampu boleh menyatupadukan kita,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman.

SF

Tinggalkan komen anda