
Oleh : Dila Khamde
SEKINCHAN, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Program Kenduri Kampung : Bubur Lambuk dan Nasi Ambeng bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang diadakan semalam di Balai Raya Parit 5, Kampung Seri Sentosa dekat sini, ternyata memberi kesan positif kepada Komuniti 1 Malaysia dalam usaha memupuk nilai kemasyarakatan.
Salleh berkata, tujuan penubuhan K1M adalah supaya masyarakat kampung dapat disatukan dan dapat memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat kawasan ini, selain dapat mengenal pasti perkara-perkara yang boleh dibantu.
Kehadiran Salleh beramah mesra dapat mendengar keluhan penduduk tentang kekurangan yang mereka hadapi iaitu keperluan pusat Internet di kawasan ini.
“Sokongan padu daripada masyarakat terus memainkan peranan penting bagi memastikan kesinambungan kerajaan yang telah memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di sini,” tegas Salleh.
Tambahnya, kita perlu melihat parti mana yang boleh memberi khidmat terbaik dalam menyatupadukan bangsa dan mampu untuk mengurus parti itu dengan baik.
Antara acara menarik termasuklah gotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk edaran dan nasi ambeng bagi juadah majlis berbuka puasa, tahlil dan solat Maghrib.
Di samping itu, penyampaian sumbangan kepada 15 orang pelajar cemerlang, 10 orang anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan asnaf serta sumbangan kepada Majlis Permuafakatan K1M daerah Sabak Bernam berupa mock cheque bernilai RM 5,000 geran aktiviti oleh Menteri KKMM, Datuk Seri Said Salleh Keruak bersama Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman.
Sebelum itu, Salleh telah berkunjung ke Bazar Ramadan Pasar Awam Sekinchan bagi Program Walkabout dan ke rumah OKU bagi menghulurkan bantuan.
Menurut ibunya, Jamrah Sabtu anaknya Amiruddin Hassan, 28 yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik dan dilahirkan OKU sebelum ini pernah menerima bantuan daripasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 dan rumah zakat.
Selain itu, calon Bairsan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi turut mengunjungi mereka dua minggu lepas bagi menghulurkan bantuan duit dan kerusi roda.
SF