Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Sasaran Lima Juta Anggota RELA Tahun Hadapan-TPM

By 11 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Dila Khamde

SEKINCHAN, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Zahid hari ini mengumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mensasarkan seramai lima juta ahli anggota RELA pada akhir tahun hadapan.

“Kita mahu lihat rakyat Malaysia yang berbaju RELA ini tidak kurang daripada lima juta orang pada akhir tahun hadapan dan saya percaya sasaran ini boleh dicapai,” ujar Zahir ketika berucap di Program RELA bersama Pemimpin di Sek. Keb. Sungai Leman, Sekinchan hari ini.

Beliau memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada anggota RELA dan berharap mereka sanggup berada bersama polis dan tentera di barisan hadapan.

“Apabila telah ditransformasikan dengan wajah baharu, RELA bukan sahaja berada apabila diperlukan, malah kita mahu negara aman dan damai kerana RELA,” ujar Zahid.

Berhubung dengan masalah kekurangan uniform yang dihadapi oleh anggota RELA di sini, Zahid berkata sebanyak 10 ribu uniform RELA telah disediakan hari ini untuk kesiapsiagaan mereka.

Tambahnya, kita tidak mahu penjenayah dan pendatang asing berada dalam RELA. RELA ialah rakyat Malaysia yang berbudi pekerti, boleh dicontohi dan diteladani oleh rakyat.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi.

SF

Tinggalkan komen anda