Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

‘Tukar Garisan Laluan Kecemasan Kepada Merah’

By 15 Jun 2016Januari 6th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 15 Jun (Malaysiaaktif) – “Saya mencadangkan agar garisan kuning laluan kecemasan ditukar kepada garisan merah, supaya pengguna tahu laluan itu tak boleh lalu, kecuali kecemasan sahaja,”ujar pemandu ambulan, Mat Sani Md Kayos.

Beliau yang berusia 60 tahun merupakan bapa saudara mangsa kemalangan jalan raya dua beradik yang berlaku pada 22 Mei lalu berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat Alor Gajah Melaka.

“Saya harap pihak berwajib dan juga menyeru agar Perdana Menteri dapat mengambil tindakan wajar dan tegas supaya dapat beri pengajaran pada yang guna lorong kecemasan,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian kerap berlaku sepanjang 30 tahun dia bertugas sebagai pemandu ambulan, namun ramai yang memandang remeh hal tersebut.

“Saya amat merindui telatah anak-anak saya itu dan Ramadan tahun ini tak ada lagi dengar mereka minta saya buatkan sambal udang untuk juadah berbuka puasa,”ujar ibu mangsa, Patimah Md Kayos, 50 kepada pemberita ketika ditemui di Ayer Keroh semalam.

Menurutnya, anaknya itu juga seperti tahu ingin meninggalkan dirinya apabila memeluk erat sebelum pulang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terdahulu, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, dua beradik, Mohamad Ma’arof Shadik Mohamed, 37, dan adiknya, Alam Iqbal Shadik Mohamed, 19,  cedera parah selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah kereta yang rosak di lorong kecemasan.

Namun, tindakan pemandu menggunakan lorong kecemasan menghalang laluan terbabit, menyebabkan ambulans yang berkejar ke situ mengambil masa untuk sampai dan melewatkan rawatan sehingga dua beradik terbabit meninggal dunia.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda