Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Turun Undi Awal ,Petang Dijangka Hujan Lebat – Irmohizam

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Pengundi-pengundi di Sungai Besar diseru agar datang awal pagi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan lebat pada sebelah petang di sini.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.

IMG_1560

 

Irmohizam juga mengingatkan pengundi agar tidak tertipu dengan pihak-pihak tertentu yang mungkin cuba memperdaya pengundi dengan cara seperti meminta supaya membuat ujian mencelup jari sebelum mengundi. Pengundi juga diminta agar tidak sekali-kali menyerahkan kad pengenalan mereka kepada sesiapa.

Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hadir bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek, untuk sidang dialog bersama pengusaha ikan akuakultur di sini petang tadi berkata, LKIM amat berterima kasih kepada MOA kerana meluluskan peruntukan untuk memberi jaket keselamatan percuma kepada nelayan.

“Ini kerana keselamatan nelayan amat penting terutamanya pada musim hujan ini. Saya berharap para nelayan sentiasa berhati-hati dan jaket ini diharap dipakai dengan sempurna bagi mengelakkan musibah ketika berada di laut,” ujarnya.

SF

Tinggalkan komen anda