Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Jasa Veteran K1M Pekan Darat Terus Dihargai

By 3 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Salawati Mat Shariff (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Walaupun tidak lagi dapat menabur bakti, jasa veteran ahli-ahli jawatankuasa Komuniti 1Malaysia (K1M) Pekan Darat tidak dilupakan.

Atas faktor keuzuran akibat usia yang semakin meningkat, mereka terpaksa mengundurkan diri. Malahan, ada yang menghidap penyakit serius dan memerlukan rawatan serta rehat yang secukupnya.

Menghargai jasa veteran-veteran ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Dua, Yusof Mohd Noor bersama beberapa ahli jawatankuasa K1M Pekan Darat hari ini mengunjungi 10 kediaman pesara-pesara K1M Pekan Darat.

Menurut Pengerusi K1M Pekan Darat, Ruslim, jasa mereka tetap dikenang kerana mereka adalah antara ahli jawatankuasa yang aktif untuk menggerakkan program yang dianjurkan.

WhatsApp-Image-20160702

Tambah Ruslim, dia berharap agar aktiviti sumbangan kasih seperti ini dapat meringankan beban, secara tidak langsung membuang rasa terpinggir dalam kalangan pesara-pesara ini.

Dalam kunjungan tersebut, sumbangan berupa barang keperluan dapur telah diserahkan kepada pesara-pesara K1M Pekan Darat dan waris pesara-pesara yang telah meninggal dunia.

– AH

Tinggalkan komen anda