Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Beli Belah Saat Akhir Jadi Pilihan

By 5 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Salawati Mat Shariff (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 5 Julai (Malaysiaaktif) – Ramadan sudah hampir ke penghujung, Syawal tiba membawa kehangatan suasana Aidilfitri.

Tinjauan Malaysiaaktif pada petang semalam mendapati orang ramai mengambil kesempatan di saat-saat akhir untuk membeli barang-barang keperluan Aildilfitri di pasaraya-pasaraya besar di sekitar Bertam.

WhatsApp-Image-20160703 (6)

Menurut seorang pesara kerajaan, Halim Md Zain, dia tidak sabar menanti anak-anaknya pulang beraya dan mahu membeli barang keperluan dapur yang mencukupi.

Tambah Md Zain, dia merancang akan mengadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya keempat.

Seorang lagi pengunjung yang mahu dikenali sebagai Kak Lin berkata dia terpaksa membuat persediaan menyambut hari raya disaat-saat akhir kerana terlalu sibuk menjahit pakaian tempahan pelanggannya.

WhatsApp-Image-20160703 (3)

Dalam pada itu, peniaga-peniaga di ruang legar kebanyakan pasaraya turut menawarkan potongan harga terendah untuk barang-barang jualan seperti kuih raya, pakaian dan aksessori wanita.

– AH

Tinggalkan komen anda