Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Ketupat Daun Palas Di Aidilfitri

By 5 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Salawati Mat Shariff (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 5 Julai (Malaysiaaktif) – Pasar Pagi Penaga yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang, cukup dikenali sebagai tempat menjual barang-barang keperluan seperti hasil laut, sayur-sayuran, rempah ratus dan pakaian.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri esok, suasana di Pasar Pagi Penaga mula berubah dengan jualan barang-barang yang dicari setiap kali menjelang Syawal, seperti daun palas.

WhatsApp-Image-20160703

Amat popular dalam kalangan penduduk utara tanah air, daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut sebagai hidangan tradisi di pagi raya yang enak dimakan bersama rendang daging atau ayam.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati seikat daun palas dijual dengan harga RM4.00 hingga RM8.00, mengikut saiz.

Seorang peniaga daun palas yang mahu dikenali sebagai Munir bekata, antara daun palas yang dicari ramai adalah jenis daun palas bukit kerana daunnya yang berbau wangi dan tidak mudah koyak.

WhatsApp-Image-20160703 (2)

Menurutnya, daun yang panjang, lebar, lembut dan mudah dibentuk turut menjadi pilihan pembeli.

Tambah Munir, daun palas sebaiknya dibuka dan dibentuk beberapa jam sebelum direbus untuk mengelakkannya kering dan mudah koyak sewaktu mengisi beras pulut yang ditanak separuh masak bersama santan berinti kacang ketupat atau kosong.

– AH

Tinggalkan komen anda