Skip to main content
Berita TempatanSabah

Bot Pelancong Wajib Dilengkapi Sistem Keselamatan – Kamarlin

By 13 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Zuraidah Ahmad, Johny G.Kimlon & Jeffren Malaning(Sabah)

LUMADAN, 13 Julai (Malaysiaktif) –? Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mencadangkan pihak yang mengeluarkan lesen kepada bot pelancong agar mewajibkan semua bot berkenaan dilengkapi sistem keselamatan.

Menurut Pembantu Menterinya, Datuk Kamarlin Ombi, sistem tersebut amat penting untuk mengurangkan risiko terutama apabila berdepan dengan cuaca buruk atau ketika bot mengalami masalah dan membolehkan bantuan dihantar dengan segera.

Di samping itu, katanya, langkah berkenaan juga bertujuan memulihkan keyakinan para pelancong berikutan dua insiden yang berlaku di Pulau Mantanani dan Kudat, bulan lepas.

“Sistem keselamatan bukan sekadar jaket keselamatan, tetapi juga peralatan seperti alat komunikasi, sistem navigasi, lampu suar atau ‘flare’ dan sebagainya yang mampu menjamin keselamatan para pelancong.

“Selain itu, pemantauan berkala juga perlu dilakukan ke atas bot-bot lama bagi memastikannya kekal memenuhi spesifikasi ditetapkan,” ujarnya.

Jelas Kamarlin, para pemain industri pelancongan yang mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan aspek keselamatan para pelancong akan memberi impak negatif kepada reputasi negara ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Pusat Pembangunan Dalam Komuniti (PDK) Kg Lupak dekat sini, pada Sabtu.

SF

Tinggalkan komen anda